Pages

Thursday 19 March 2015

KELUARKAN RESIT

Tips urus bisnes online.

Keluarkan resit pembelian. 

Tujuan :
1. Rekod jualan kuantiti produk
2. Rekod duit masuk khususnya apabila diskaun diberikan
3. Rekod belian untuk pelanggan
4. Rujukan pelanggan untuk belian masa depan
5. Identiti peniaga online yang serius berniaga dan sistematik

Sekiranya terlupa atau tidak mengeluarkan resit kerana ketiadaan buku resit bersama kita, senaraikan jumlah jualan produk dan perolehan RM di atas resit untuk tujuan rekod jualan sendiri.

Buku resit = catatan jualan.

Tipsurusduit.blogspot.com
Tipsurusbisnes.blogspot.com
Noraishahramlan.blogspot.com
Aromacrystalspray.blogspot.com
Tualawanitabebastoksin.blogspot.com 

Monday 9 March 2015

Tips Asingkan Duit Syarikat

Pagi ini ada sahabat KakSeri minta tips cara urus wang syarikat dari dirompak diri sendiri.
Tips urus kewangan cara mudah bagi perniagaan skala kecil.

Bagaimana mahu menguruskan wang hasil jualan dari bisnes yang dijalankan?

1. Daftar syarikat Enterprise dan buka Akaun atas nama syarikat.
  • semua transaksi online dan cek perlu menggunakan akaun syarikat.

2. Sediakan 'ponjot' tunai syarikat.
  • semua transaksi tunai perlu dimasukkan ke dalam ponjot ini.
  • sediakan buku nota kecil dan pen bersama di dalam ponjot utk catatan jualan.
  • asingkan duit peribadi dan duit syarikat. Duit syarikat ponjot lain, duit peribadi ponjot lain.




3. Latih diri mengeluarkan bil bagi setiap jualan bagi tujuan merekod perniagaan.

4. Membuat sistem rekod secara sistematik menggunakan 'EXCEL' (contoh), supaya dapat membuat pengiraan keuntungan bersih dihujung bulan.

KakSeri akan tunjukkan contohnya di entry seterusnya.