Pages

Monday 9 March 2015

Tips Asingkan Duit Syarikat

Pagi ini ada sahabat KakSeri minta tips cara urus wang syarikat dari dirompak diri sendiri.
Tips urus kewangan cara mudah bagi perniagaan skala kecil.

Bagaimana mahu menguruskan wang hasil jualan dari bisnes yang dijalankan?

1. Daftar syarikat Enterprise dan buka Akaun atas nama syarikat.
  • semua transaksi online dan cek perlu menggunakan akaun syarikat.

2. Sediakan 'ponjot' tunai syarikat.
  • semua transaksi tunai perlu dimasukkan ke dalam ponjot ini.
  • sediakan buku nota kecil dan pen bersama di dalam ponjot utk catatan jualan.
  • asingkan duit peribadi dan duit syarikat. Duit syarikat ponjot lain, duit peribadi ponjot lain.




3. Latih diri mengeluarkan bil bagi setiap jualan bagi tujuan merekod perniagaan.

4. Membuat sistem rekod secara sistematik menggunakan 'EXCEL' (contoh), supaya dapat membuat pengiraan keuntungan bersih dihujung bulan.

KakSeri akan tunjukkan contohnya di entry seterusnya.

No comments:

Post a Comment