Pages

Thursday 2 July 2015

Tips olskool rekod jualan harian

Merekod jualan harian adalah antara aktiviti yang paling bercinta KakSeri nak buat. Nak tulis dan rekod satu satu dalam buku, aduuhh bercinta.

Namun merekod jualan secara harian adalah aktiviti penting dalam bisnes.

Inilah delima KakSeri, orang makan gaji (bekerja) yang buat bisnes kecil-kecilan.

Di pejabat, kerja KakSeri banyak menggunakan Personal Computer (PC) atau Laptop. Jadi jari jemari ni lebih lancar menaip dari mencatit.

Awal-awal dulu, KakSeri terfikir, bagaimana KakSeri nak wujudkan satu sistem mudah dan cepat supaya ia tidak menggunakan masa yang banyak pada waktu kerja. Ofkoslah, pelanggan juga membeli pada siang hari kan? 

Jadinya, KakSeri sediakan satu worksheet Excel yang KakSeri reka bersesuaian dengan maklumat yang KakSeri mahukan hasil dari rekod jualan harian.

Semasa me'reka' format ini, KakSeri juga pastikan data-data lanjutan yang diperlukan seperti berikut :

  • senarai item jualan juga harga jualan dan harga kos
  • kuantiti jualan dan pendapatan  dari jualan setiap hari
  • keuntungan akumulatif setiap item
  • item paling banyak jualan dalam sebulan
  • jumlah jualan keseluruhan sebulan
  • jumlah keuntungan kasar sebulan


Inilah contoh lakaran format excel. Figura yang ditunjukkan adalah direka untuk sampel catatan blog ini.



Apa yang KakSeri perlu lakukan setiap hari adalah hanya mengisi jumlah item yang dijual mengikut item dan tarikh jualan.

Semua pengiraan dilakukan oleh sistem mengikut formula yang KakSeri set kan. Dari format ini KakSeri akan nampak :

  • jumlah pendapatan jualan setiap hari. Rujuk row di atas tarikh. Maklumat ini KakSeri akan masukkan ke dalam worksheet "CASH FLOW" harian pula.
  • keseluruhan jumlah jualan setiap item setiap hari. Rujuk kolum tarikh.
  • jumlah keseluruhan kuantiti jualan bagi setiap item pada hujung bulan. Rujuk kolum "Total".

Untuk membuat ringkasan jualan harian/bulanan, KakSeri masukkan satu jadual pivot. Pivot akan meringkaskan maklumat jualan mengikut kategori item.



Dari pivot ini juga KakSeri akan dapat lihat
  • keuntungan akumulatif setiap item
  • item paling banyak menyumbang dalam sebulan
  • jumlah jualan keseluruhan sebulan
  • jumlah keuntungan kasar sebulan

Mudah kan?

Ini cara KakSeri. Cara paling cool dan tersangat olskool. :)

p/s : 
Ada yang berminat untuk mendapatkan contoh softcopy format ini?
Boleh saja. Tinggalkan email diruangan komen.